SALURAN PERNIAGAAN
Jenama Perniagaan Kargo Bundle
Perniagaan runcit yang memasarkan dan menjual produk secara terus kepada pengguna.
Jenis Perniagaan
Perniagaan berasaskan kepada penjualan pakaian dan barangan terpakai yang diimport daripada luar negara.
Logo dan Tanda Niaga
Terdapat dua logo yang digunapakai oleh perniagaan ini sebagai tanda perniagaan rasmi.
- Logo Versi Samudera Biru
- Logo Versi Black Sea
Slogan Perniagaan
Di awal pemulaan perniagaan, slogan yang digunakan adalah “Affordable Authentic”.
Walaupun bagaimanapun, berdasarkan kepada maklum balas serta pemerhatian kepada segmen pelanggan, pindaan telah dibuat pada slogan perniagaan. Slogan yang digunapakai adalah “padu.murah”. Ini adalah selari dengan konsep perniagaan yang dijalankan.
Kargo Bundle | Mukah
Perniagaan menjual barangan terpakai ini bermula dengan pembukaan cawangan pertama Kargo Bundle di Mukah, Sarawak pada awal tahun 2020. Tetapi terkesan dengan situasi COVID-19, pada tahun 2022 operasi cawangan tersebut telah ditutup buat sementara waktu.
Pihak syarikat masih mengenalpasti tapak/ premis baharu yang boleh dipertimbangkan untuk menjadi lokasi baharu premis perniagaan di Mukah.
Kargo Bundle | Betong
Pada suku akhir tahun 2020, cawangan kedua Kargo Bundle telah dibuka di Betong, Sarawak.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2022 premis perniagaan yang pada asalnya beroperasi di dua (2) lot kedai terpaksa beroperasi dengan satu (1) lot. Ini kerana terdapat isu berkaitan pemilikan bangunan yang disewa.
Untuk mengatasi isu ini, pihak pengurusan syarikat telah mengambil tindakan segera dengan mengenalpasti lokasi baharu. Adalah dijangkakan pada suku kedua tahun 2024, Kargo Bundle Betong akan beroperasi di tapak premis yang baharu. Kerja-kerja ubahsuai premis baharu telah berada di fasa akhir.
Kargo Bundle | Bintangor
Premis perniagaan Kargo Bundle Bintangor masih di dalam proses penyiapan.